Menerobosi Ruang Yang Tersedia
Thursday, November 12, 2009
Bermula pada 10 November 2009 hingga 12 November 2009, aku berpeluang ke Hotel Heritage, Ipoh untuk menghadiri Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh pihak BPG. Peluang yang sama aku perolehi semasa aku di Kluang dulu.
Kali ini aku terpaksa memandu sendiri untuk ke sana dengan bantuan "kawan baru". Apa yang penting aku sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Pelbagai pengalaman baru yang diperolahi di sana. Bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Perkenalan dengan Su dan Faridah....

Aku juga berpeluang untuk menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

posted by Rozita bt. Paiman at Thursday, November 12, 2009 |
Permalink 
Menyelinap di dunia ICT
Beberapa minggu lalu, pihak Pejabat Pelajaran Daerah batang Batang telah menganjurkan kursus Pembinaan Laman Web berasaskan Joomla di Cameron Highland. Alhamdulillah, aku terpilih mewakili SK Sungai Behrang sebagai peserta kursus. Ini satu peluang!
Perjalanan ke Cameron Highland, meredah hujan renyai.
Anak-anak dan CikAbang ikut serta dan bermalam di sana. Kebetulan, pegawai ICT di PPD Batang Padang adalah rakan lama CikAbang sewaktu di Kluang dulu. En Shukri namanya. Banyak input baru berkaitan pembinaan lamanweb telah aku perolehi. Aku pernah cuba membina portal sekolah sebelum ini berasaskan perisian
frontpage (
rasanya dah ditutup kerana tapak free - geocities) dan
blog.
Sewaktu dalam tempoh berkursus.
Kini, aku memperolehi ilmu kemahiran asas untuk membina lamanweb menggunakan joomla. Alhamdulillah, ilmu yang diperolehi telah aku garapkan untuk kegunaan sekolah dan komuniti setempat. Beberapa ilmu tambahan berkaitan joomla perlu diexplore lagi bersama dengan CikAbang. Alhamdulillah, aku ada pembantu yang sentiasa menyokong tanpa mengira waktu. Terima kasih semua yang berada di sekeliling aku dalam membantu perjalanan hidup untuk terus ke hadapan.

Inilah screenshoot tentang laman web sekolah yang dibina. Anda boleh lihat
di sini.
Labels: ICT, Keluarga, Kerjaya
posted by Rozita bt. Paiman at Thursday, November 12, 2009 |
Permalink 
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batang Padang
Tuesday, November 10, 2009

Sesi Bergambar : Guru Inovasi Peringkat Daerah Batang Padang


posted by Rozita bt. Paiman at Tuesday, November 10, 2009 |
Permalink 
Kenangan di SK Sungai behrang 2009
Jamuan Kelab Guru Di Kuala Lumpur


Sambutan Hari Guru



posted by Rozita bt. Paiman at Tuesday, November 10, 2009 |
Permalink 
Tempat Baru
Monday, January 12, 2009
Hampir sebulan aku berada di Tanjong Malim dan menjalankan tugas di sekolah yang baru, SK Sungai Behrang. Sekolah ini jauh berbeza dengan sekolah aku di Kluang kerana muridnya yang tidak ramai. Lebih kurang 400 orang murid dan 35 orang guru.
Minggu pertama aku di sini hanya sebagai pemantau dan menggantikan guru-guru yang tidak hadir. Releks sakan aku.... Hari ini barulah aku berpeluang mengajar di dalam kelas yang sepatutnya. Gian aku sebab sudah seminggu aku releks sakan. Murid-murid di sini jauh beza dengan pelajar-pelajar aku di Kluang. Mereka kurang berinteraksi dengan guru. Senyap aje bila aku mengajar. Hinggakan kelas menjadi hambar dan tidak menyeronokkan. Teringin aku kalau mereka boleh menyampuk cakap aku. Bukan untuk menjadi kurang ajar tapi boleh bersuara untuk menyatakan pendapat masing-masing.
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Insyaallah.
posted by Rozita bt. Paiman at Monday, January 12, 2009 |
Permalink 
Mutiara yang kutemui...
Tuesday, December 2, 2008

Sajak ini telah berusia 12 tahun. Tua setahun daripada anak sulung aku, si
Amira tu. Inilah sajak pertama yang aku terima sepanjang hidup aku. Tulisan tangan lagi. Cuma tandatangannya menyingkoi2 lagi. Hehehehhe.
Sajak ini direka khas oleh
si mamat manggis untuk aku. Sajak ini adalah hadiah harijadi untuk aku ketika aku berumur 25 tahun dan di tahun pertama perkahwinan. Sajak ini jika diamati... penuh makna. Ketika itu, semamangnya aku tak faham apa makna-makna ayat itu sebab aku ni orang matematik, bukannya sastera atau orang bahasa. Rupa-rupanya itulah pemberian yang amat bermakna. Benarlah kata orang, yang klasik itu penuh nilainya.
Aku jumpai sajak ini semasa aku kemaskan rumah untuk berpindah ke
Tanjung Malim. Bila aku teliti dan fahami satu persatu, baru aku faham apa maksudnya dan apa yang aku lalui kehidupan perkahwinan bersama
si mamat manggis itu, benarlah... MUTIARA YANG DICANAI!
Thanks my dear! Canailah lagi....
p/s: Pastinya akan aku framekan dalam bingkai yang indah buat tatapan aku sekeluarga.... Akan aku lakukan apabila tiba di Tanjung Malim nanti....
posted by Rozita bt. Paiman at Tuesday, December 02, 2008 |
Permalink 
Yang Ditinggalkan
Sunday, November 16, 2008
Minggu ini merupakan minggu pertama cuti persekolahan. Aku mula teringatkan buah ati yang aku tinggalkan. Rindunya aku pada mereka.

Pertama kali aku mengajar buah atiku menggunakan perisian powerpoint. Mereka memang berminat hingga tak nak balik ke kelas semula.

Setiap kumpulan aku berikan tugasan supaya mereka boleh menggunakan perisian powerpoint yang telah dipelajari. Masing-masing mula menunjukkan kehebatan mereka.

Apa-apa pun sebelum membenteng mereka perlu berbincang di dalam menentukan apakah yang perlu dibentangkan.

Aksi buah atiku ketika membentangkan tugasan yang diberikan. Seronok tengok bila mereka bersungguh-sungguh melakukannya.

Aktiviti akhir sebelum aku berpisah dengan buah atiku. Namun ada beberapa tugasan yang tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa.
Selamat tinggal buah atiku. Semoga terus berusaha dengan gigih untuk kejayaan yang seterusnya. Cikgu memang sayang pada kalian.

posted by Rozita bt. Paiman at Sunday, November 16, 2008 |
Permalink 
Salam Perpisahan

Photo yang diambil oleh 'abang' (Amirul) semasa Jamuan Akhir Tahun dan Pertukaran Guru 2008.
Tiga orang guru yang bertukar keluar, aku dan rakanku Nor Hanim, yang akan bertugas di Pahang. Manakala seorang guru lagi telah mendapat kenaikan pangkat iaitu, Kak Samsiah. Beliau kini bertugas di SK Felda Nita 2.
posted by Rozita bt. Paiman at Sunday, November 16, 2008 |
Permalink 
Tukar Angin
Friday, November 14, 2008
Sejak beberapa minggu perkhabaran aku berpindah ke Perak telah heboh diperkatakan di sekolah. Hari ini segalanya jelas dan benar bila aku menerima surat pertukaran aku. Mereka yang pada awalnya tidak percaya bahawa aku akan berpindah terpaksalah percaya. Surat dah keluar takan tak percaya lagi. Mungkin sebab aku tak pernah menyuarakan hasrat untuk berpindah dan mereka tidak dapat mencari sebab kenapa aku perlu berpindah. Bukan sebab aku tak sayang akan SKKM tapi aku perlu berpindah sebab hubby nak sambung master, lagipun aku juga turut serta menyambung pengajian ku.

Harapanku agar aku dapat meneruskan tugasanku sebagai pendidik di samping meneruskan pengajianku dengan jayanya.
posted by Rozita bt. Paiman at Friday, November 14, 2008 |
Permalink 
Kenangan Seminar Kajian Tindakan
Thursday, October 30, 2008



Sudah lama aku ini memaparkan photo-photo ini. Harap tidak terlambat. Ianya di ambil semasa aku menghadiri Seminar Kajian Tindakan di Kolej Profesional, Bandar Penawar, Kota Tinggi pada bulan Oktober lepas. Aku dan Cikgu Nor Azmi merupakan wakil dari Daerah Kluang.

Makan malam ini sempena meraikan kejayaan Daerah Kluang dalam Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri. Daerah Kluang telah berjaya mendapat tempat pertama secara keseluruhan.
posted by Rozita bt. Paiman at Thursday, October 30, 2008 |
Permalink 