Memori Silam
Saturday, May 3, 2008
Di sini aku dipertemukan semula. Tidak dapat hendak aku gambarkan bagaimana perasaanku kini. Bertemu dengan sahabat lama semasa di sekolah rendah. Jenuh juga bila nak ingat siapa gerangan sahabatku ini. Nasib aku baik kerana beliau sedia menyatakan nama penuhnya.

Dalam aku meingat-ingat aku mula membelek-belek album lama. Alhamdulillah, masih ada lagi gambar lama masa aku di sekolah rendah. Cuma ada 2 keping dalam simpanan. Mulalah aku teringatkan nama rakan-rakan sekaligus perangai mereka. Tergelak juga aku bila teringatkan mereka dan kenangan silam itu.

Semoga gambar ini dapat membuka memori silam yang indah.... Buat sahabatku Siti Aniza Kadir. Semoga persahabatan kita kekal selamanya.

 
posted by Rozita bt. Paiman at Saturday, May 03, 2008 | Permalink 4 comments