Mutiara yang kutemui...
Tuesday, December 2, 2008
Sajak ini telah berusia 12 tahun. Tua setahun daripada anak sulung aku, si Amira tu. Inilah sajak pertama yang aku terima sepanjang hidup aku. Tulisan tangan lagi. Cuma tandatangannya menyingkoi2 lagi. Hehehehhe.
Sajak ini direka khas oleh si mamat manggis untuk aku. Sajak ini adalah hadiah harijadi untuk aku ketika aku berumur 25 tahun dan di tahun pertama perkahwinan. Sajak ini jika diamati... penuh makna. Ketika itu, semamangnya aku tak faham apa makna-makna ayat itu sebab aku ni orang matematik, bukannya sastera atau orang bahasa. Rupa-rupanya itulah pemberian yang amat bermakna. Benarlah kata orang, yang klasik itu penuh nilainya.
Aku jumpai sajak ini semasa aku kemaskan rumah untuk berpindah ke Tanjung Malim. Bila aku teliti dan fahami satu persatu, baru aku faham apa maksudnya dan apa yang aku lalui kehidupan perkahwinan bersama si mamat manggis itu, benarlah... MUTIARA YANG DICANAI!
Thanks my dear! Canailah lagi....
p/s: Pastinya akan aku framekan dalam bingkai yang indah buat tatapan aku sekeluarga.... Akan aku lakukan apabila tiba di Tanjung Malim nanti....