Bahang Hari Sukan SKSB
Tuesday, February 23, 2010
Temasya Olahraga Tahunan Ke 24 (2010) berjalan pada 20.02.2010 lepas. Namun bahangnya masih terasa. Tahun nie Rumah Kuning mendapat tempat kedua secara keseluruhan. Beberapa orang murid turut dapat menyerlahkan bakat masing-masing di temasya ini. Tahniah kepada adik Amzar kerana berjaya menjadi olahragawan.


Tahniah.... anak-anakku.....
 
posted by Rozita bt. Paiman at Tuesday, February 23, 2010 | Permalink 0 comments
Pemberian Tanpa Diminta
Friday, February 12, 2010

Hari ini kami sekeluarga ke Rawang... Hubby bawa kami jalan2 coz cuti nie dia akan ke Kedah untuk satu misi "Menjejak Warisan". Berpeluanglah Amira dan aku mencari kasut baru. Namun tiada yang berkenan di hati...

Satu lagi destinasi yang dituju sebelum balik... Tesco. Aku dan Amira dok sibuk mencari kasut. Hubby dan anak-anak terunaku dok sibuk kat kedai kamera... Aik nak beli kamera lagi ke?

Sebelum solat Maghrib aku dan hubby duduk sebentar di kerusi yang disediakan.
"Ambil la yang," hubby menyerahkan sesuatu kepadaku sambil tersenyum.
"Apa nie?" balasku penuh tanda tanya.
"Nak ke tak nak?" hubby cuba menyakatku.
"Betul ke nie untuk ghang?" aku menyoal untuk kepastian.
"Memang untuk yang la nie, ngapa tak caya ke?" balas hubby.
Tangan kananku terus mencapai pemberiannya itu. Ianya sebuah kamera.
"Terima kasih yang." Tak sangka hubby akan membelikan aku sebuah kamera. Aku memang memerlukannya untuk satu program yang akan dijalankan kelak.

Terima kasih hubby...
 
posted by Rozita bt. Paiman at Friday, February 12, 2010 | Permalink 0 comments