MERDEKA : Pengalaman Penuh Makna!
Friday, December 16, 2011
Hari ini adalah tarikh keramat untuk aku sepanjang tempoh pengajian Sarjana Pendidikan di UPSI. Ini kerana aku telah menyerahkan enam (6) salinan disertasi ke Institut Pengajian Siswazah (IPS), UPSI. Penyerahan ini membuktikan aku telah menyiapkan segala rekabentuk kajian, menuruti kehendak penyelia terhadap urutan kajian, juga membuktikan kemelut dan keresahan disertasi Mod B telah berakhir. Pengalaman menghasilkan disertasi untuk Mod B memberi pengalaman tentang kedalaman sesuatu kajian. Pengalaman kedalaman kajian seperti ini memudah untuk menghasilkan kajian untuk Phd. InsyaAllah...

Penyerahan ini juga membuktikan borang permohonan untuk viva bakal diproses. Aku hanya menantikan panggilan IPS untuk penentuan tarikh viva. Peringkat viva adalah klimaks dalam tempoh pengajian aku. InsyaAllah, aku akan menantikan saat konvokesyen dalam tahun 2012 nanti.

Kini, aku sudah boleh menumpukan urusan perpindahan ke Batu Pahat, Johor. Ke sekolah baru, penampilan baru, pendekatan baru dan membina karektor baru. Dalam tempoh ini, aku akan memulakan membuat proposal PhD berkaitan Pengajian Matematik agar seiring dengan ijazah Pertama aku. Pastinya, aku akan senantiasa menuruti perjalanan suami yang aku sayangi dalam menimba ilmu. Galakan, tekanan, tolakan, tarikan yang diberikan oleh suamiku amat bermakna erti survival dalam menuntut ilmu. Terima kasih sayang.....



Oleh itu, terima kasih aku ucapkan kepada suami, anak-anak, kedua ibu bapa yang memahami situasi aku yang sedang belajar sambil bekerja. Banyak pengorbanan yang terpaksa dibuat demi segulung ijazah dan kepuasan dalam menimba ilmu.

Labels:

 
posted by Rozita bt. Paiman at Friday, December 16, 2011 | Permalink 5 comments