Berita Gembira Bertandang Lagi
Saturday, May 19, 2007
Jam 12.30 tengahari, hp aku berdering lagi. Kelam-kabut aku jadinya. Mananya tidak sebegitu, aku baru je parking kereta di tempat parking kereta guru. HP pulak dalam handbag aku. Tergocoh-gocoh jadinya. Aku memerhati sekeliling, selamat....tak ada orang memandang aku.

"Hello". "Ya, saya baru tiba di sekolah, ni pun dok tengah parking kereta", kataku menjawab panggilan.

"Ok. saya ke sana sekarang". Rupa-rupanya bos aku yang telefon. Meluru je aku ke pejabat sekolah.

"Tahniah, U berjaya mendapat tempat ke 3 di peringkat negeri. Cuba U baca surat ni", kata Cikgu Lokman, Guru Besar aku semasa aku berjumpa di pejabatnya.

"Alhamdulillah, dapat juga ye cikgu, tapi sayangnya di peringkat daerah tak ada pulak PPD bagi borang permohonan untuk kategori ini. Sedangkan percalonan Johan di peringkat daerah yang diumumkan semasa Hari Guru peringkat daerah baru-baru ni, tak ada le sehebat manapun..", kataku sambil tersengih.

"Kalau le ada form untuk peringkat daerah, tentunya saya dapat Johan kan cikgu?", sambungku lagi.
"Tak apa le Rozita, tahun depan kita cuba lagi dan standby lebih awal supaya tak berlaku lagi terlapas maklumat mcm tahun ni. Saya akan cuba ambil tindakan seawal mungkin", kata Cikgu Lokman sambil menggaru-garu kepalanya yang semakin beruban.

"Cuma, saya harap, U kekalkan prestasi kerja u malahan pertingkatkan lagi, saya bantu semana mungkin...Insyallah....", sambungnya lagi.

"Insyallah cikgu, saya lakukan semua ni untuk kepuasan kerja dan jaga nama sekolah juga, cikgu", kataku yang agak terkilan dengan keputusan yang dihantar oleh JPNJ. " Walau apa keputusannya sekali pun saya berterima kasih atas sokongan cikgu", sambungku sambil tersenyum.

Aku keluar dari pejabat guru besar menuju ke bilik guru. Aku capai HP. Tak sabar-sabar lagi aku nak khabarkan berita ini kepada suamiku yang berada di Melaka...

"Yang, zie dapat tempat ketiga peringkat negeri untuk kategori GURU INOVATIF. Zie kena ke UiTM Segamat untuk majlis penerimaan hadiah pada minggu depan.. ", jelasku kepada suamiku, Azlan.

"Waaaaa.....Tahniah. Semakin teror dan 'garang' yer...semanjak-dua menjak ni ye", balas suamiku.

Aku terasa jem jugak macam mana nak menggayakan untuk ke sana. Aku dah la baru belajar nak kenal dunia untuk bergerak sendiri. Terasa rugi juga aku tak belajar memandu kereta semasa aku awal-awal bekerja dulu.

"Susah ke nak ke sana, yang?", tanyaku lagi.
"Alaaaa...kacang jer. Tak de masalah. Kita pernah lalu area tu kalau kita dari Segamat ke Melaka. Nanti....weekend ni, abang balik ke Kluang, kita bincang. Ok.." kata suamiku.

Baginya, semua perkara tak ada masalah. Cerita le apa saja kat dia, pastinya tak ada masalah. Kekadang aku pun hairan...macam mana cara dia fikir, semuanya tak ada masalah. Walaupun berkerut dahi dia memikirkan jika ada masalah yang menimpa. Hehehe...tu yang membuatkan aku sayang padanya.

Aku dah terbayang, baju apa aku nak pakai. Tentunya melaram aku dengan handbag Pierri Cardin yang dihadiahkan oleh suamiku sempena mother's day baru-baru ni. Itu le pompuan ye....hehhehe.
Apa-apa pun aku berasa puas dengan apa yang aku terima hari ni. Alhamdulillah....

rozitapaiman.
 
posted by Rozita bt. Paiman at Saturday, May 19, 2007 | Permalink