Abah vs Ayah
Sunday, June 17, 2007

Selamat hari bapa pada semua bapa di dunia. Buat abah terima kasih atas segalanya. Tanpa abah aku mungkin tiada di dunia ini..... Buatmu honey...... terima kasih yang tak terhingga. Denganmu aku mengenali diriku sendiri. Denganmu aku mengenali seorang lelaki, suami dan ayah....

Kini aku kenal bagaimana rupa seorg ayah yang diingini oleh semua anak.... Kalau dulu aku hanya tahu bahawa seorg ayah hanya digeruni olh anak2. Seorg ayah terlalu jauh dari anak2. Seorg ayah tanpa kasih dan syg......

Aku ingin belajar caramu..... Namun agak sukar bagiku kerna aku selalu dibayangi abah yang dulu.... Aku tidak mahu mengikut caranya tapi caraku hampir sama dgnnya....


VS

Semoga abah dan ayah panjang umur dan dimurahkan rezeki......

Sekian.....



 
posted by Rozita bt. Paiman at Sunday, June 17, 2007 | Permalink 1 comments
Pukulan Teknik IELAN

Hadiah-hadiah yang dimenangi di atas pengenalan Teknik IELAN dalam pengajaran Matematik. Ianya bermula dengan kajian tindakan seterusnya di bawa ke anugerah guru inovasi.

Aku amat bersyukur di atas kejayaan ini. Ianya menjadi permulaan baru bagiku untuk mengorak langkah lebih jauh lagi.

Sekian.
 
posted by Rozita bt. Paiman at Sunday, June 17, 2007 | Permalink 0 comments
Kenangan Di Segamat (22 Mei 2007)
Pertama kali menjejakkan kaki ke UiTM Segamat. Terpaksa drive sendiri untuk ke sana. Pada awalnya pelbagai persoalan timbul.... takut kalau tak sampai...... takut kalau salah tempat...... Nak tak nak terpaksa juga tempuh. Belum cuba belum tahu. Bila dah cuba, taklah susah sgt nak ke sana cuma jlnnya saja yg bengkang-bengkok.

Sesampai kat dewan ambik gambar kenangan. Saje aje, guru-guru lain dok tengok tapi buat selamba aje. Bukannya guna kamera dia org.

Terima hadiah di atas tiket Guru Inovasi Peringkat Negeri Johor. Itu pun hanya tempat ke-3. Hadiah disampaikan oleh YB Datuk Hj. Othman b. Jais (Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor).

Ambil gambar kenangan bersama pemenang tempat pertama dan kedua. Tempat pertama dan kedua dimenangi oleh guru-guru dari Segamat. Memang hebatlah depa.

Sekian.
 
posted by Rozita bt. Paiman at Sunday, June 17, 2007 | Permalink 1 comments
Sambutan Hari Guru 2007


Anak didik 3 Cempaka sedang khusyuk mewarna dan hadiah daripada mereka.
Terima kasih anak-anak didikku.....




Terpaksa membuat persembahan untuk anak murid. Hari gurulah katakan, terpaksalah guru berkorban.....

Sekian.
 
posted by Rozita bt. Paiman at Sunday, June 17, 2007 | Permalink 0 comments