Kenangan Di Segamat (22 Mei 2007)
Sunday, June 17, 2007
Pertama kali menjejakkan kaki ke UiTM Segamat. Terpaksa drive sendiri untuk ke sana. Pada awalnya pelbagai persoalan timbul.... takut kalau tak sampai...... takut kalau salah tempat...... Nak tak nak terpaksa juga tempuh. Belum cuba belum tahu. Bila dah cuba, taklah susah sgt nak ke sana cuma jlnnya saja yg bengkang-bengkok.

Sesampai kat dewan ambik gambar kenangan. Saje aje, guru-guru lain dok tengok tapi buat selamba aje. Bukannya guna kamera dia org.

Terima hadiah di atas tiket Guru Inovasi Peringkat Negeri Johor. Itu pun hanya tempat ke-3. Hadiah disampaikan oleh YB Datuk Hj. Othman b. Jais (Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor).

Ambil gambar kenangan bersama pemenang tempat pertama dan kedua. Tempat pertama dan kedua dimenangi oleh guru-guru dari Segamat. Memang hebatlah depa.

Sekian.
 
posted by Rozita bt. Paiman at Sunday, June 17, 2007 | Permalink


1 Comments:


At September 9, 2007 at 1:34 PM, Blogger Pak Ngah:

:: syabas dan tahniah atas kejayaan yang bukan calang2 orang untuk memperolehinya... dengan kerjasama erat daripada suami tercinta.