Apa yang diterangkan oleh Ustazah Rosnani dari sebuah kitab agama bahawa terdapat 70 cabang Iman. Iman yang tertinggi ialah "mengucap dua kalimah syahadah" dan iman yang terendah ialah "membuang batu/ halangan dijalan raya".
Apa yang menariknya ialah kupasan tentang sifat malu. Malu merupakan salah satu dari cabang iman. Tanpa sifat malu maka seseorang tidak dapat meningkatkan keimanan mereka kepada Allah. Kerana tiada malu maka banyak perkara yang tidak baik dilakukan oleh manusia sekarang. Corak kehidupan juga sudah kebaratan.
Tiga perkara yang menyebabkan manusia hidup tanpa pegangan agama yang kukuh ialah:
1. Tiadanya sifat malu: Manusia sudah mula riak dengan apa yang mereka lakukan. Mereka tanpa segan silu melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti melakukan zina, minum arak dan ..........
2. Pemakanan : Makanan sekarang tidak dapat dikelaskan mana yang halal dan mana yang haram. Kita selalu was-was terhadap apa yang kita makan atau makan aje tanpa memikirkan apa ramuan yang terdapat dalam makanan tersebut. Kalau diteliti terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang bertopengkan logo halal tapi adakah ianya benar2 halal. Anak2 kita makan makanan seperti itu setiap hari. Apa jadi pada mereka? Tak dengar kata, kurang ajar, buas dan.... salah siapa?
3. Pergaulan : Percampuran antara lelaki dan perempuan kini sudah jadi perkara biasa. Manusia mula lupa tentang adab2 pergaulan yang dibolehkan di dalam Islam. Jika dilihat disekolah-sekolah murid lelaki dan perempuan akan berada di dalam kelas yang sama tanpa ada sekatan. Kedudukan pula bersebelahan antara lelaki dan perempuan. Secara tidak langsung ianya telah memberi ruang kepada pergaulan yang tidak elok dan mencorak warnakan kehidupan mereka seterusnya dalam menilai pergaulan sesama manusia.
Moralnya : Carilah sesuatu yang halal supaya mendapat keredhaan Allah. Jangan terlalu leka mengejar keduniaan hingga lupa siapa yang kita ikut.....
At July 7, 2008 at 10:53 AM, unclecharm
1) aku setuju ngan moral the story tersebut. Tapi ada yang aku muskil tu ...jika tujuan kita mendapatkan yang halal dalam pada masa yang sama benda2/anasir2 yang x halal turut sama melekat pada halal join togather...!! so bagaimana kita nak asingkan.......???
2) Maknusia laaa ni...sebok nyan membina kejayaan dlm kekayaan....
Membeza2kan kedudukan dan darjat...Kesenangan dan kemegahan.
Jadi bagi mereka yg hidup terhimpit/naif/ daif.....maka cara yg haram juga di lalui untuk meneruskan kehidupan daripada bunuh diri.
3) Cuba kita buat bancian kpd dir kita/keluaga kita/rakan rakan kita.....'Siapa yang tidak langsung menyentuh 'HARAM'sepanjang hidup..'
At July 10, 2008 at 1:16 PM, Rozita bt. Paiman
To sharifah hassan...
Memang betullah apa yang dikata, malu biarlah bertempat. Malu pada melakukan perkara yang dilarang oleh agama Islam. Takan nak makan pun malu. Jawabnya laparlah.
Seimbang dalam mengejar akhirat dan dunia amat dituntut oleh Islam. Tapi kalau dah keduniaan sangat secara tak lansung punahlah akhiratnya kan... Tak gitu....
At July 10, 2008 at 1:29 PM, Rozita bt. Paiman
To ultraman....
Hari ini tak bertugas ke? .....
Kalau dah tahu benda/perkara tu haram takan nak buat jugak. Kalau tak tahu lain le ceritanya. Dah tahu takan nak buat2 tak tahu. Perkara yang was2 kan akan membawa kepada haram.
Dugaan yang diberi Allah pada hambanya mengikut kekuatan masing2. Setiap orang dapat habuannya. Kalau kita inginkan keredhaan Allah walau macamana daif atau susah sekalipun kita pasti takan melakukan perkara2 yang haram. Cuba dan minta petunjuk dari yang Maha Berkuasa. Kalau kita asyik leka pada keduniaan memanglah kita akan lupa akhirat. Bila susah baru nak mintak pertolongan. Mana boleh.... Sapa nak tolong....
Setiap orang dalam hidupnya pernah melakukan kesilapan sebab kita bukanlah makhluk yang sempurna. Tapi jika kita telah melakukan sesuatu kesilapan takan la kita melakukan kesilapan yang sama berkali-kali. Kalau sudah bekali-kali melakukan kesilapan yang sama bodoh namanya. Dah tahu benda tu haram takan nak sentuh lagi. Tak gitu ultraman....
Salam,
1. Malu biarlah bertempat! Kalau asyik malu-malu sampai menyusahkan orang..menyampah woi!
2. Mengejar keduniaan biarlah seimbang dengan akhirat...tak pula terlalu ke akhirat sehingga lupakan dunia..vice versa!
Wallahuallam...aku pun bukannya alim sangat tapi Islam tu lojik dan saksama!
Ko rasa?