Rempuh atau berserah
Thursday, July 10, 2008
Pagi ini aku rasa tak sedap hati. Tak tahu pasal apa. Aku juga tak dapat tidur lena malam tadi. Sekejap-sekejap terjaga. Setiap setengah jam aku terjaga. Pagi-pagi ini pula aku kena hantar Along ke sekolah jam 6.00 pagi. Along kena pergi Sungai Mati, Muar bagi menyertai pertandingan UREKA, sempena Festival Sains Peringkat Negeri Johor. Kesian dia sebab aku hantar dia lewat sikit. Rasa serba salah pulak pada guru pengiring yang terpaksa menunggu kami. Nak buat macamana kalau dah lambat. Perkara dah berlaku. Minta maaf aje la. Nasib baiklah cikgu tu baik hati.

Perasaan aku masih sama bila aku pulang dari menghantar Along ke sekolah. Rimas rasanya. Aku terus telefon mak. Mak nasihatkan aku supaya buat sembahyang Dhuha. Bagus juga idea tu. Kata mak, sembahyang Dhuha akan melapangkan dada. Katanya lagi kalau kita rajin buat sembahyang Dhuha, kita akan dimurahkan rezeki. Terima kasih mak atas nasihatmu....

Hari ini juga aku ditugaskan ke SJK(C) Ping Ming, dengan tujuan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kajian status PPSMI Tahun 6 2008. Sesampai di sekolah tersebut aku sibuk memerhati kalau-kalau ada member-member yang mengikuti mesyuarat ini. Alamak... rupa-rupanya mesyuarat ini perlu dihadiri oleh guru besar dan pengetua. Silap masuk mesyuarat la. Dah datang kena rempuh aje la. Untuk kepastian, aku bertanyakan status diriku sebagai wakil guru besar semasa mendaftar nama di meja pendaftaran. Nasib baik ada lagi sekolah lain yang menghantar wakil. Lega rasanya.....

Moralnya: Jangan fikir yang bukan-bukan. Beranikan diri untuk menempuh sesuatu halangan. Seterusnya hampirkanlah diri kita kepada Nya supaya kita akan mendapat ketenangan di dunia dan di akhirat kelak. Insyallah....
 
posted by Rozita bt. Paiman at Thursday, July 10, 2008 | Permalink


2 Comments:


At July 11, 2008 at 9:13 AM, Blogger Sharifah Hassan

Salam,

! berserah dalam merempuhlah la gamaknya ye..
! adakah isu PPSMI sekarang antara isu hangat di Kementerian?
! sedang dilatih ke arah menjadi pentadbir...sekalung TAHNIAH..

 

At July 11, 2008 at 12:27 PM, Blogger unclecharm

mainan perasaan or insting...??
Mensyukuri kpd Nya kerana mempunyai nikmat yg diberi... kerana kita akan sentiasa mengingati Nya dan kembali kpd Nya selain org yg kita syg.

Yg dilalui dlm seharian hendaklah di tempuhi dgn teliti dan sabar, yg akan ditempuhi di masa hadapan hendaklah dirancang dgn rapi, yang dirancang utk kehidupan wajib disertakan dengan qada & qadar.

Ultraman akan sentiasa menghadapi dugaan dgn sabar dan mengingati kesilapan-kesilapan yang dilakukan dgn tafakur dan istiqamah.

Tq n Tahiniah bloger!!!