Memacu diri
Friday, July 25, 2008
Khamis (24 Julai 2008)
Pertama kali aku terpaksa menguruskan kedatangan 20 orang tetamu ke sekolah yang terdiri dari wakil KPM, JPN, MIMOS dan TIME. Kedatangan mereka untuk memantau peralatan PPSMI fasa 6. Bukan setakat memantau malah aku berjaya menjawab pelbagai soalan yang diajukan mereka. Alhamdullillah, jawapan yang diberikan memang menepati kehendak mereka . Apabila jawapan humor yang aku berikan agak menggamatkan bilik mesyuarat kerana ada juga soalan-soalan nakal yang dikemukakan tak sesuai langsung untuk pemantauan tersebut. Gitu le kalau dah jadi orang atas....

Sementelah pula, Guru Besar aku sedang berada di UTM untuk mengikuti kuliahnya (Pengijazahan Guru Besar). Bila dilihat pula, GPK 1 aku lebih, mendiamkan diri dalam bilik itu. Aku positifkan situasi bahawa dia seumpama memberi ruang dan peluang untuk aku menanganinya sendirian. Sabo je ler....

Foto diambil dari laman web PPD Kluang.
Link ke Laman Web PPD Kluang.
 
posted by Rozita bt. Paiman at Friday, July 25, 2008 | Permalink


5 Comments:


At July 26, 2008 at 2:52 PM, Blogger azlanlin

Uiiii...sapa tu yang genit cute berbaju biru di tengah-tengah haaaa? jawab, jangan tak jawab... wakakkak

 

At July 26, 2008 at 7:56 PM, Blogger Pak Ngah:

:: salam... begitulah rentak tari orang yang hebat... kehebatannya akan terserlah dan menyerlah...

 

At August 3, 2008 at 10:14 PM, Blogger PakTeh

tahniah. memang ilmu menggoreng di dapur amat bermanfaat, untuk menggoreng tetamu2 yg memantau.

janji bahan ramuan mau cukup - ada minyak, ada gas, ada kuali, ada ikan.
goreng jgn tak goreng. kasi api panas sikit.. hihi tu yang PK1 tu terkedu. dia kurang ilmu menggoreng, kot.

 

At August 7, 2008 at 11:22 AM, Blogger Sharifah Hassan

Salam,

Tak lama dah la tu...Tahun depan meh kita mohon Masters Kepengetuaan!

Dan betul kata PakTeh, ilmu menggoreng ni memang perlu! Cuma nak tau teknik menggoreng dengan betul je walau keperluan dah lengkap..ek?

 

At August 11, 2008 at 10:22 PM, Blogger Bangchik and Kakdah

PK1 tu bagi can kat Madam Paiman sebab Madam hebat!

Pengupayaan.... (ada ka istilah tu?)

haha..