Tukar Angin
Friday, November 14, 2008
Sejak beberapa minggu perkhabaran aku berpindah ke Perak telah heboh diperkatakan di sekolah. Hari ini segalanya jelas dan benar bila aku menerima surat pertukaran aku. Mereka yang pada awalnya tidak percaya bahawa aku akan berpindah terpaksalah percaya. Surat dah keluar takan tak percaya lagi. Mungkin sebab aku tak pernah menyuarakan hasrat untuk berpindah dan mereka tidak dapat mencari sebab kenapa aku perlu berpindah. Bukan sebab aku tak sayang akan SKKM tapi aku perlu berpindah sebab hubby nak sambung master, lagipun aku juga turut serta menyambung pengajian ku.

Harapanku agar aku dapat meneruskan tugasanku sebagai pendidik di samping meneruskan pengajianku dengan jayanya.
 
posted by Rozita bt. Paiman at Friday, November 14, 2008 | Permalink


0 Comments: