Menyelinap di dunia ICT
Thursday, November 12, 2009
Beberapa minggu lalu, pihak Pejabat Pelajaran Daerah batang Batang telah menganjurkan kursus Pembinaan Laman Web berasaskan Joomla di Cameron Highland. Alhamdulillah, aku terpilih mewakili SK Sungai Behrang sebagai peserta kursus. Ini satu peluang!
Perjalanan ke Cameron Highland, meredah hujan renyai.

Anak-anak dan CikAbang ikut serta dan bermalam di sana. Kebetulan, pegawai ICT di PPD Batang Padang adalah rakan lama CikAbang sewaktu di Kluang dulu. En Shukri namanya. Banyak input baru berkaitan pembinaan lamanweb telah aku perolehi. Aku pernah cuba membina portal sekolah sebelum ini berasaskan perisian frontpage (rasanya dah ditutup kerana tapak free - geocities) dan blog.

Sewaktu dalam tempoh berkursus.

Kini, aku memperolehi ilmu kemahiran asas untuk membina lamanweb menggunakan joomla. Alhamdulillah, ilmu yang diperolehi telah aku garapkan untuk kegunaan sekolah dan komuniti setempat. Beberapa ilmu tambahan berkaitan joomla perlu diexplore lagi bersama dengan CikAbang. Alhamdulillah, aku ada pembantu yang sentiasa menyokong tanpa mengira waktu. Terima kasih semua yang berada di sekeliling aku dalam membantu perjalanan hidup untuk terus ke hadapan.


Inilah screenshoot tentang laman web sekolah yang dibina. Anda boleh lihat di sini.


Labels: , ,

 
posted by Rozita bt. Paiman at Thursday, November 12, 2009 | Permalink


0 Comments: