Yang Ditinggalkan
Sunday, November 16, 2008
Minggu ini merupakan minggu pertama cuti persekolahan. Aku mula teringatkan buah ati yang aku tinggalkan. Rindunya aku pada mereka.


Pertama kali aku mengajar buah atiku menggunakan perisian powerpoint. Mereka memang berminat hingga tak nak balik ke kelas semula.

Setiap kumpulan aku berikan tugasan supaya mereka boleh menggunakan perisian powerpoint yang telah dipelajari. Masing-masing mula menunjukkan kehebatan mereka.


Apa-apa pun sebelum membenteng mereka perlu berbincang di dalam menentukan apakah yang perlu dibentangkan.

Aksi buah atiku ketika membentangkan tugasan yang diberikan. Seronok tengok bila mereka bersungguh-sungguh melakukannya.



Aktiviti akhir sebelum aku berpisah dengan buah atiku. Namun ada beberapa tugasan yang tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa.

Selamat tinggal buah atiku. Semoga terus berusaha dengan gigih untuk kejayaan yang seterusnya. Cikgu memang sayang pada kalian.

 
posted by Rozita bt. Paiman at Sunday, November 16, 2008 | Permalink


1 Comments:


At November 18, 2008 at 10:01 PM, Blogger eddy the reds

ish2 skolah lagi rupanya