Tempat Baru
Monday, January 12, 2009
Hampir sebulan aku berada di Tanjong Malim dan menjalankan tugas di sekolah yang baru, SK Sungai Behrang. Sekolah ini jauh berbeza dengan sekolah aku di Kluang kerana muridnya yang tidak ramai. Lebih kurang 400 orang murid dan 35 orang guru.

Minggu pertama aku di sini hanya sebagai pemantau dan menggantikan guru-guru yang tidak hadir. Releks sakan aku.... Hari ini barulah aku berpeluang mengajar di dalam kelas yang sepatutnya. Gian aku sebab sudah seminggu aku releks sakan. Murid-murid di sini jauh beza dengan pelajar-pelajar aku di Kluang. Mereka kurang berinteraksi dengan guru. Senyap aje bila aku mengajar. Hinggakan kelas menjadi hambar dan tidak menyeronokkan. Teringin aku kalau mereka boleh menyampuk cakap aku. Bukan untuk menjadi kurang ajar tapi boleh bersuara untuk menyatakan pendapat masing-masing.

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Insyaallah.
 
posted by Rozita bt. Paiman at Monday, January 12, 2009 | Permalink


2 Comments:


At February 12, 2009 at 6:21 PM, Blogger PakTeh

salam. biasalah kalau murid baru tengok guru baru. mereka lebih suka dgr & tengok dulu. mcm cikgu-cikgunya juga bila ada tukar boss baru. kan?

skrg dah sebulan.. semoga semakin seronok, tentunya.

 

At March 11, 2009 at 12:25 PM, Blogger patid

salam ita... wah... seronoknya kat sekolah baru...? asal sama-sama dgn manggis awak tu.. mesti seronok. akak pun rindu juga suasana kat tanjung malim tu... tempat jatuh lagi di kenang, nikan pula tempat temu jodoh... he..he