PERCUBAAN PERTAMA
Wednesday, September 19, 2007
Sesi pemilihan oven telah berjalan pada hari Sabtu (15 Sept 2007) lepas. Congak punya congak akhirnya telah memilih oven berjenama Cornell. Pak Tam berminat benor ngan oven jenis tu. Agak canggih jugak coz beroperasi secara digital. Sesi tawar-menawar telah berjalan ngan lancarnya. Dilakukan oleh seorang yang amat pakar, siapa lagi kalau tak Azlan Lin. Dari harga yang diberikan RM400 menjadi RM350.


Balik dari membeli oven terus membeli bahan-bahan untuk membuat biskut di Kedai Kim Wah. Nak cuba guna oven barulah katakan. Dari internet aku telah mendapat maklumat tentang membuat biskut badam. Agak senang juga untuk dihasilkan cuma maklumat yang diberikan tidak berapa lengkap.


Biskut yang dihasilkan dengan bantuan Amira, Amirul dan Amir serta Azlan Lin (pemantau kadar suhu pada oven)

Biskut Badam

Bahan-bahan

1 3/4 cawan mentega
3/4 cawan gula pasir yang telah dikisar
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
100 g badam kisar
2 biji kuning telur

Cara-cara

1. Gula dan mentega digaul rata.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan badam kisar, uli sehingga sebati.
4. Terapkn ikut acuan kesukaan anda.
5. Sapukan kuning telur dan hias ikut kesukaan anda.
6. Bakar dengan suhu 150 darjah selama 13 minit.

Salam Ramadan....
 
posted by Rozita bt. Paiman at Wednesday, September 19, 2007 | Permalink


1 Comments:


At September 19, 2007 at 2:16 PM, Blogger azlanlin

Tahniah...cubaan yang berjaya...
Percubaan pertama adalah sebagai LANGKAH MULA untuk terus bergerak ke hadapan!.
Teruskan dengan menu ke2 nampak gayanya nih...fuiyooooo...

PENJAGA SUHU : juga masih belajar,hinggakan kuih menjadi terlebih COKLATnya....hanpir hangit...ketawa kami 5 beranak!