TIANG AGAMA
Monday, September 24, 2007

Sempena bulan ramadan yang mulia biarlah kita memperbanyakan amalan. Kebanyakan orang boleh berpuasa genap sebulan tapi lupa pada rukun islam yang kedua. Rukun yang merupakan tiang bagi agama yang dianuti. Tanpa tiang ini maka akan robohlah rumah yang dibina.

Tiang yang dimaksud itu ialah Solat.Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Salam Ramadan...

 
posted by Rozita bt. Paiman at Monday, September 24, 2007 | Permalink


0 Comments: